Mantapkan bacaan dan hafalan

Rubi guna beberapa bantuan untuk pemantapan.


Kad Hafalan
Apps Tarteel (nak tarik orang muda kena pakai apps)
Earphones

Ok jom mulakan.

Menghafal mula dari mana?

Surah-surah lazim yang paling pendek
Juzuk Amma (Juz 30)
Surah-surah pilihan Al-Mulk, Yasin, Waqi'ah, Kahfi, Sajdah...,

Kaedah?

3-6 tahun (ikut readiness):
Kita baca, anak ulang

7 keatas (yang boleh baca Al-Quran / iqra 6):
Baca sendiri 10 kali, ulang dengan melihat, ulang tanpa melihat, ulang dalam solat 5 waktu atau sunat.

Bagaimana kami mula?

Bermula dengan satu ayat sehari.
Boleh cari Al-mulk challange juga untuk bantuan.
Sehari satu ayat, sebulan cukup satu surah.

Kami mula dengan Al-Fatihah dan seterusnya Juz Amma sekitar tahun 2015.
Al-Mulk bila Fateh tadika, cikgu minta baca atas pentas. Masa ni kita blur sikit sebab tak pandai tajwid. Jadi minta bantuan Ustazah Khairina.

Fateh baca atas pentas kita yang menangis.

Pergi Nury masa 2016 sebab Aish tak boleh membaca. Kerap cakap tak nampak sampai sendiri stress.
Tapi sebenarnya masa pergi Nury kan, bukan pasal Aish tak boleh baca. Kita sedar kita yang silap dalam kenal potensi anak-anak.
Masa ni kita ubah teknik ajar Aish.
Let him play more and more.
Anak belajar melalui bermain dan aktiviti yang memerlukan pergerakan.

Masa ini juga kita sedar yang anak anak 0-6 tahun owesome.

*

Untuk Parenting Nury dan TANG kalau nak saya cerita baru saya sambung ya.
Nak sambung ke tak?
Pilihan di tangan anda.

Rubi Hambali